Friday 29 July 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak! 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak!
 

Review :
Tolong! Awek Aku Pontianak adalah sebuah kisah cinta komedi yang terjadi antara manusia biasa dan juga pontianak. Kisah ini bermula apabila Bob telah ditinggalkan oleh teman wanitanya. Sebelum itu, Bob sering bermimpi teman wanitanya bertukar menjadi pontianak. Jadi, selepas berpisah, Bob bersama kawan karibnya berpindah ke rumah baru yang lebih murah sewanya.

Jiran di hadapan rumah mereka merupakan dua orang adik beradik perempuan bernama Maya dan adik perempuannya. Sebelum ini, setiap kali mereka mendapat jiran, mereka akan berpindah ke tempat lain. Tetapi kali ini, Maya memberitahu adiknya bahawa mereka akan terus tinggal di sana dan tidak akan berpindah. Tetapi, adiknya ingin menguji Bob dan kawan karibnya itu. Selepas diuji, ternyata Bob memang seorang lelaki yang baik.